Wednesday, April 3, 2013

Antara Mitos dan Realiti Taming Sari



Keris_Taming_Sari[1]
KERIS iaitu sejenis senjata pendek yang digunakan untuk mempertahankan diri sejak lebih 600 tahun dulu tidak dapat dipisahkan daripada warisan galur bangsa.
Senjata unik di dunia Melayu ini boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand; Mindanao, Filipina serta Brunei dengan nama yang digunakan untuk senjata ini berbeza mengikut daerah.

Misalnya, di Mindanao ia dikenali sebagai sundang manakala di Bali dipanggil kedutan, Jawa Barat menggelarkannya kujang serta penduduk Sumatera merujuk keris sebagai kareh.

Dipercayai perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Selain digunakan untuk mempertahankan diri ketika bersilat, keris juga menjadi alat kebesaran diraja atau lambang kedaulatan Melayu. Dalam ratusan jenis senjata ini, keris tersohor yang paling dikenali ramai pastinya Taming Sari.

Sebut saja Taming Sari, rata-rata semua orang teringat kepada pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah, begitulah sebaliknya. Gabungan Taming Sari dengan Hang Tuah sangat sinonim dengan sejarah dan kebudayaan Melayu.

Apabila timbul isu bahawa pahlawan Melayu, Hang Tuah sebenarnya tidak wujud seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak, maka timbul persoalan sama mengenai kewujudan keris Taming Sari.


Benarkah keris Taming Sari itu wujud atau sekadar mitos untuk mengukuhkan lagi kewujudan Hang Tuah? Rona minggu ini mendapatkan pandangan sejarahwan yang juga pakar keris dan Muzium Perak bagi merungkai persoalan itu.
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Mohd Ramli Raman berkata, keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.

Mohd Ramli berkata, apa yang jelas, keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.

Malah, beliau berkata, beberapa manuskrip lama yang ditemui juga menceritakan mengenai keris berkenaan dan terbukti senjata itu memang wujud serta masih terus terpelihara sebagai peralatan Diraja Perak.
pix_gal2
“Keris Taming Sari mendapat nama daripada hulu balang Jawa pada pemerintahan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu mahupun Hikayat Hang Tuah serta manuskrip lain. Tidak kiralah sama ada benar wujudnya pendekar Taming Sari itu atau tidak, namun keris itu memang ada.
“Mengenai keaslian pula, mengapa perlu dipertikaikan kerana senjata berkenaan adalah alat kebesaran Diraja Perak. Ia benar wujud dan asli kerana ciri yang ada termasuk jenis logam yang digunakan memang terbukti sejak lebih 600 tahun dulu,” katanya.

Mohd Ramli berkata, banyak mitos dikaitkan dengan keris berkenaan, namun mitos itu adalah kepercayaan. Jadi, soalnya, mengapa perlu diketepikan kepercayaan itu.

Menceritakan sejarah keris tersohor itu, beliau berkata, mengikut Hikayat Hang Tuah, keris berkenaan mendapat nama daripada nama pemilik keris itu, hulubalang Majapahit, Taming Sari.

“Selepas pertarungan antara Majapahit dengan Hang Tuah, yang mana kemenangan berpihak kepada Hang Tuah, keris itu dihadiahkan Ratu Majapahit dengan Sultan Melaka dan kemudian diserahkan kepada Hang Tuah.

“Selepas kegagalan Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang, beliau menyerahkan keris itu kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Paduka Raja.

“Namun, yang pastinya saya melihat keris Taming Sari adalah lambang kewibawaan, kekuasaan, darjat, rezeki dan mempunyai pengisian serta spiritual di dalamnya,” katanya.
Mohd Ramli berkata, selepas keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah, kerajaan Majapahit tumbang manakala Melaka menjadi lebih maju dan terkenal di mata dunia.

“Selepas keris diserahkan kepada Sultan Melaka tetapi dibawa Tun Mamat ke Riau, maka berlaku kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan apabila ia dibawa ke Perak, ‘roh’ atau spiritual Taming Sari melonjakkan Kesultanan Perak sehingga hari ini,” katanya.
Pantang larang Taming Sari
RIWAYAT dan kisah pertarungan hebat antara lagenda pendekar Melayu terulung, Hang Tuah dengan pahlawan Jawa dalam kerajaan Majapahit, Taming Sari akhirnya menzahirkan kewujudan keris teragung dalam sejarah ketamadunan Melayu iaitu Keris Taming Sari.
Mengambil nama sempena pahlawan hebat kerajaan Majapahit itu, Taming Sari dianggap keris sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam. Malah, cerita silam mengisahkan pemilik asal keris itu, Taming Sari akhirnya mati di tangan Hang Tuah selepas ditikam keris berkenaan.
Kehebatan senjata itu tidak pernah terhenti diperkatakan sehingga kini, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan Hang Tuah iaitu laksamana Melayu yang terkenal dengan ketaatan serta kesetiaannya kepada raja.
Namun, kebelakangan ini ada pula yang seakan menolak kewujudan Hang Tuah dan pada saat itu, Taming Sari yang tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, menjadi bukti kewujudan pahlawan Melayu tersohor itu. Masakan tidak, Hang Tuah dan Taming Sari begitu sebati dalam sejarah Melayu.
Sumber dari laman rasmi Pejabat Sultan Perak menyatakan keris berkenaan diselaputi dedaun emas manakala sarung atau hulunya juga diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya adalah serpihan besi ganggang pintu Kaabah.
Pemiliknya bukan saja tidak lut senjata lawan, senjata dipercayai berusia lebih 500 tahun itu dikatakan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Taming Sari juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.
Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.
Walaupun wujud pertikaian mengenai keaslian Keris Taming Sari yang kini tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Keris Taming Sari yang sebelum ini pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.
“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.
Walaupun ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak, tetapi Muzium Perak mempertahankan Keris Taming Sari itu adalah asli dan menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.
“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.
“Disebabkan itu, muzium negeri secara berterusan akan mengadakan pameran berkaitan peralatan bersejarah seumpama itu untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.
Biarpun pelbagai dakwaan dan pandangan dikemukakan mengenai kewujudan keris sakti ini, Taming Sari yang juga keris kuasa atau bawar menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Melayu Perak kini disimpan rapi bersama 26 alat kebesaran Perak lain dalam sebuah peti besi khas di istana berkenaan.
Berikutan senjata itu mempunyai ‘kuasanya’ tersendiri, beberapa ‘penjaga’ alat kebesaran Perak mendakwa ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang mengendalikan atau membawa Taming Sari.
Antaranya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.
Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.
Kesimpulan, walaupun ada pelbagai versi mengenai Taming Sari, rakyat Malaysia harus berbangga dengan memiliki seni warisan yang penuh dengan sejarah bahkan apa yang diwarisi adalah setanding dan diiktiraf negara luar.
taming

Peristiwa 13 Mei, 1969


peristiwa 13 mei 1969Detik hitam dan peristiwa berdarah negara Malaysia, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum. Implikasi dari peristiwa ini ialah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh ini merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.
Semangat perkauman timbul dalam kalangan rakyat Malaysia apabila isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sempena kempen pilihan raya 1969. Semasa kempen pilihan raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Penurunan jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi pilihan raya. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor (Dato’ Harun Idris) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung baru, Kuala Lumpur dengan berbekalkan pedang dan parang panjang. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Jam 4.00 petang dua orang penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina.
Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin marah. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.
Akhirnya Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.
detik hitam negara malaysiaNamun rusuhan kaum tidak terjadi di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak berlaku rusuhan. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Bentong ada tembakan oleh PKM.

peristiwa berdarah malaysia 13 mei 1969Angka korban rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tetapi menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD dari Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2000 orang mati dalam peristiwa hitam ini.

Perbandingan Sejarah Hang Tuah





HANG TUAH DALAM BUKU SEJARAH MELAYU
Di dalam buku Sejarah Melayu itu ada didapati be berapa riwayat menerangkan sifat-sifat istimewa Hang Tuah dalam khidmat-nya menjulang mutu kebesaran dan kermulia an negara dan rajanya. Sifat-sifat Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang gagah berani ada tersebut di dalam beberapa peperangan yang telah berlaku; sama ada angkatan Melaka menyerang sesebuah daerah asing, atau pun diserang oleh angkatan luar, maka Hang Tuah jarang ketinggalan daripada mengambil bahagian mengepalai” ang katan perang Melaka.

Suatu di antara sifat-sifat istimewa Hang Tuah seperti yang tersebut didalam buku Sejarah Melayu itu, ialah sifat taat setianya kapada raja. Suatu perkara berkenaan hal ini hendaklah difaham, iaitu taat setia yang se demikian adalah mengikut kehendak yang bersesuai dengan keadaan corak pemerintahan pada zaman itu. Hang Tuah telah berkhidmat dengan tiga orang Raja Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah, Sultan ‘Alau’ddin Riayah Shah I dan Sultan Mahmud Shah.

Sebagai suatu bukti menunjukkan sifat taat setia Hang Tuah menjunjung titah perintah rajanya, dapat dipastikan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pernah Hang Tuah dihukum bunuh oleh rajanya; meski pun demikian taat setianya tidak juga berubah me lainkan terus juga ia berkhidmat, berbuat kebaktian kepada rajanya itu.

Di dalam buku Sejarah Melayu tiada di dapati apa- apa keterangan berkenaan dengan usul asal Hang Tuah, seumpama siapa ibu bapanya; di mana tempat lahirnya; bagaimana mulanya maka ia beroleh jawatan berkhidmat di istana raja dan sebagainya; tetapi nama anak-anaknya dan siapa isteri-isterinya ada tersebut di dalam kedua-dua buah naskah Raffles No. 18 dan naskah Abdullah atau naskah Shellabear itu. Tersebut juga di dalam kedua-dua buah naskah itu keterangan berkenaan dengan Hang Tuah meninggal dunia.

Pada penghujung Bab XV, di dalam naskah Raffles No. 18 itu ada tersebut demikian: “Setelah itu, maka Sultan Mahmud Shah beristeri pula akan anak Laksamana, Tun Birah namanya, beranak seorang perempuan Raja Dewi namanya.”

Di hujung Bab XVIII naskah Raffles No. ]8 itu pula, ada menerangkan peri Hang Tuah meninggal dunia, serta huraian ringkas tentang keluarganya; huraian itu demikian bunyinya: “Sebermula akan Laksamana Hang Tuah pun sudah mati. Maka menantunya Khoja Husain namanya, ialah dijadikan oleh Sultan Mahumd Shah Laksamana, kerana Laksamana Hang Tuah isterinya dua orang. Seorang kaum Seri Bija Diraja, Dato’ Bongkok, beranak tiga orang; yang tua, perempuan di dudukkan dengan Khoja Husain; yang tengah, laki-laki Tun Bayajit namanya; yang bongsu,perempuan Tun Birah namanya diperisteri oleh Sultan Mahmud Shah, beranakkan Raja Dewi. Seorang lagi isteri Laksamana. Kaum Bendahara Paduka Raja, ke luarga pada Paduka Tuan, beranak dua: seorang laki-laki yang bergelar Guna, seorang perempuan duduk dengan Hang Nadim. Maka Khoja Husainlah jadi Laksamana menggantikan mentuanya. Maka Laksamana Khoja Husain beranak laki-Iaki bernama Tun ‘Abdullah.”

Keterangan yang lebih jelas berkenaan Hang Tuah meninggal dunia ada didapati di-dalam sebuah naskhah Sejarah Melayu yang dipunyai oleh Dato F. W. Douglas dan telah dipetik dan disisipkan ke dalam buku Sejarah Melayu naskhah Shellabear yang di-gunakan disekolah Melayu sekarang. Keterangan itu bagini bunyinya: “Sha hadan akan Laksamana Hang Tuah pun kembali ke Rahmatullah Taala. Maka oleh Sultan Mahmud ditanam kan di Tanjung Keling dengan sepenuh-penuh adat di anugerah. Tiga hari baginda tiada nobal. Maka Khoja Hassan menggantikan mentuanya jadi Laksamana. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-Iaki Tun Abdul namanya. Wa’lIahu a’lamu bis’-sawab. wa ilaihi-marji’u wa’l-ma’ab.”

Berkenaan dengan keluarga Hang Tuah seperti yang tersebut di dalam Sejarah Melayu naskah Shellabear ialah demikian: “Ada pun Laksamana Hang Tuah rahimul lah itu beristeri dua orang, seorang saudara Seri Bija Diraja Dafo’ Bongkok, beranak tiga orang; yang tua perem puan, Tun Serah namanya, duduk dengan Khoja Hassan, dan yang tengah laki-laki, Tun Biajid namanya, yang bongsu perempuan. Tun Sabariah namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, beranak seorang perempuan, Raja Dewi namanya. Seorang lagi isteri Laksamana Hang Tuah, keluarga Bendahara Paduka Raja, beranak dua orang: yang tua laki-laki, bergelar Sang Guna, yang muda perempuan, duduk dengan Hang Nadim. Dan Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-laki, Tun ‘Abdul namanya.”

Jika dibandingkan keterangan-keterangan diantara kedua-dua buah naskah Sejarah Melayu itu nescaya didapati ada bertelingkah tentang nama-nama orang, umpama nya di dalam sebuah naskah nama seorang di antara menantu Hang Tuah di sebutkan Khoja Husain, tetapi di dalam naskhah yang sebuah lagi Khoja Hassan pula nama nya. Demikian juga anak perempuan Hang Tuah yang di peristerikan oleh Sultan Mahmud; naskah Raffles menyebut Tun Birah namanya, tetapi di dalam naskah yang sa buah lagi itu Tun Sabariah pula. Ada pun sebabnya maka bertelingkah itu haruslah juga oleh kecuaian orang yang menyalin daripada naskah yang terlebih tua itu. Dalam pada itu pun pada amnya keterangan berkenaan siapa- siapa dia anak isteri Hang Tuah itu tidalah boleh dikatakan bertelingkah di antara kedua-dua buah naskah buku Sejarah Melayu tersebut.


HANG TUAH DALAM TUHFAT AL-NAFIS
Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja ‘Ali-al-Haji Riau (JMBRAS Vol. X Part II. Aug. 1932), tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut demikian:

Pada masa kerajaan Sultan Mansur Shah ini lah mengutus ke Bugis kepada Raja Goa, dengan membawa beberapa bingkisan dan hadiah per kiriman; maka dibalas oleh Raja Goa dengan se orang anak raja-raja pada negeri kecil bernama Daeng Mempawah, iaitu akhirnya jadi Laksamana Hang Tuah. ialah mashhor dibdalam Melaka hulubalang yang perkasa, dan ialah yang mem bunuh Hang Jebat yang menderhaka mengambil gundik raja dilawannya bermukah. Kemudian. mengamukIah ia di dalam istana, maka raja pun keluarlah dari dalam istananya.

Maka tiada sa-orang daripada menteri dan hulubalang raja itu menaiki Hang Jebat itu, hanya lah Hang Tuah jua berani menaiki. Maka lalu di bunuhnya Hang Jebat itu, dan berpanjanganlah hikayatnya di dalam siarah panjang-panjang. Shahadan baginda Sultan Mansur Shah inilah yang berangkat beristeri ketanah Jawa akan anak Ratu Majapahit, maka lalu di bawanya balik ke Melaka, dan Pulau Tujuh pun di berikan oleh Ratu Majapahit kapada menantunya Raja Melaka itu.

Keterangan ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu alasan tentang adanya seorang hulubalang bernama Hang Tuah pada zaman Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah dahulu itu tetapi berkenaan dengan keterangan mengatakan bahawa Hang Tuah asalnya seorang anak raja negeri kecil di tanah Bugis, dan nama asalnya Daeng Mempawah itu, sukarlah hendak diakui sah, istimewa jika dipandang pada segi zaman penciptaan buku Tuhfat al Nafis itu. Menurut keterangan Raja Ali al Haji di dalam pendahuluan katanya, bahawa ia mulai mengarang buku itu ialah pada tiga haribulan Sha’ban T.M. 1282 (T.M.1865), pada hal Hikayat Hang Tuah, menurut keterangan daftar buku-buku lama Melayu catitan Werndly, telah se dia ada sebelum T.M. 1736. Demikian juga saperti yang telah dimakalum bahawa zaman terciptanya buku Sejarah Melayu atau Sulalatu ‘I-Salatin yang ada mengandungi sedikit-sedikit riwayat Hang Tuah, ialah kira-kira lebih dua ratus tahun terdahulu daripada buku Tuhfat al-Nafis itu.

Tidaklah boleh dinafikan iaitu harus juga pengarang buku Tuhfat al-Nafis itu telah mendengar riwayat berkena an gagah berani dan taat setia Hang Tuah itu daripada cerita-cerita mulut yang telah berkembang turun-temurun di kalangan masyarakat orang-orang Melayu. Dalam pada itu pula, menurut seperti yang difahamkan bahawa penga rang Tuhfat al-Nafis itu ialah dari keturunan Raja Bugis, maka haruslah kerana itu telah menimbulkan sesuatu perasaan kapadanya hingga ia mengatakan bahawa darah Raja Bugis ada mengalir dalam tubuh Hang Tuah.


HANG TUAH DALAM HIKAYAT HANG TUAH
Di kalangan masyarakat sesuatu kaum yang ramai bilangan orang-orangnya masih buta huruf dan belum mengambil berat mencatitkan sesuatu riwayat atau per istiwa yang berkaitan dengan sejarah, memanglah menjadi perkara biasa berlaku, iaitu apa-apa jua peristiwa atau hal yang sebenar terjadi pada sesuatu masa itu, dengan cepat sahaja berubah aliran ceritanya hingga seolah- olah menjadi dongeng atau cerita khayal.

Perkara yang seperti ini berlaku ialah kerana sesuatu riwayat atau peristiwa yang terjadi dengan sebenarnya itu disampaikan dari mulut ke mulut dan dari seteng gang ke setenggang hingga beberapa tenggang atau keturunan yang terkemudian. Maka disepanjang masa per kembangan cerita itu terjadilah tokok tambah yang di reka-reka menurut sedap orang yang menceritakannya sehingga sampailah kepada suatu zaman yang terkemudian manakala ada seseorang cerdik pandai di kalangan masyarakat itu berusaha menyusun cerita yang telah di karang dan ditokok tambah turun-temurun itu menjadikan nya sebuah hikayat.

Sebagaimana kebanyakan pengarang-pengarang kesu sasteraan lama Melayu juga, tiada lah diketahul siapakah dia penyusun Hikayat Hang Tuah itu; hanya yang dapat diagak ialah zaman penciptaannya, iaitu nyatalah terkemudian daripada T.M. 1641, sesudah negeri Melaka di rampas daripada tangan Feringgi oleh tindakan bersama angkatan-angkatan perang Belanda dan Johor dalam bulan January 1641, kerana Hikayat Hang Tuah itu berakhirkan riwayat ketewasan Feringgi di Melaka itu.

Suatu perkara lagi yang dapat diagak bahawa Hikayat Hang Tuah itu ialah asalnya daripada bahasa Melayu, dan sejati bentuk Melayunya, yakni bukan tersalin dari pada sesuatu bahasa asing, umpamanya daripada kesu sasteraan Hindu seperti hikayat-hikayat Seri Rama, Pan dawa Jaya, Sang Boma dan sebagainya. Meski pun demikian, pada permulaan hikayat itu terdapat juga bentuk cerita yang menyerupai corak kesusasteraan Hindu, atau pun. mencontohi corak cerita-cerita Panji yang berasal daripada tanah Jawa itu, iaitu menyebutkan kisah seorang raja keinderaan turun ke dunia lalu beristerikan saorang puteri raja, dan daripada perkahwinan ini baginda beroleh seorang putera yang dinamakan Sang Purba; ke mudian putera ini dirajakan oleh baginda di Bukit Sigun tang.

Corak kesusasteraan Hindu ini ternyata dengan lebih jelas lagi dalam cerita yang salanjutnya iaitu tentang kisah Sang Purba terlihat seekor Jembu muntah, dan mun tah lembu itu pula telah menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya; akhirnya tuan puteri itu dijadikan oleh Sang Purba permaisurinya. Maka dengan permaisuri itu Sang Purba beroleh empat orang putera, yang sulungnya bernama Sang Maniaka, yang tengahnya Sang Jaya Nantaka, yang alang Sang Saniaka dan yang bongsu Sang Satiaka namanya.

Menurut Hikayat Hang Tuah bahawa Sang Maniaka,. putera Sang Purba yang sulung itu telah merajai Bintan. Di situ baginda telah memilih beberapa orang yang berasal untuk memegang jawatan menjadi orang besar-besar negeri dan pegawai-pegawai kerajaan. Seorang di antara orang, besar-besar itu digelar baginda Bendahara Paduka Raja. Menurut jalan cerita hikayat itu pada masa Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itulah juga Hang Tuah lima bersahabat mulai diambil raja menjawat jawatan dalam istana.

Tatkala meriwayatkan kisah Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itu maka pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah telah menyisipkan atau mengaitkan sedikit cerita Panji, iaitu tentang kisah Ratu Lasam menitahkan seorang menterinya yang bernama Pateh Kerma Wijaya pergi memperbaiki segala negeri-negeri yang dialahkan oleh Radin Inu Kuripan. Kemudian Pateh Kerma Wijaya keluar meninggalkan tanah Jawa lalu pergi ka Bintan kerana merajuk oleh pekerti Ratu Lasam mengambil anak perem puannya dengan tidak memberi tahu kapadanya terlebih dahulu.

Cerita itu dilanjutkan pula dengan menyebutkan kisah Radin Inu Daha yang bernama Radin Wira Nantaja merantau ke segenap tanah Jawa. mencari saudara perem puannya Radin Galoh Puspa Kencana nama timangan nya Radin Puspa Nengrat. Akhirnya Radin Wira Nantaja belayar ke Bintan; ianya sangatlah dikasihi oleh Raja Bintan (Sang Maniaka) hingga diberi gelaran Ratu Melayu.

Pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah itu meri wayatkan bahawa pada masa Sang Maniaka hendak mem buka negeri Melaka kononnya Radin Wira Nantaja atau Ratu Melayu itu ada lagi bersama-sama baginda di Bintan. dan ada juga bersama-sama dalam perburuan yang mener bitkan suatu peristiwa luar biasa manakala.seekor pelanduk puteh menerajangkan anjing perburuan. hingga anjing itu terjun ke dalam sungai. Pada masa Radin Wira Nantaja di Bintan itu juga diriwayatkan kononnya datang Pateh Daha membawa surat daripada Ratu Daha memanggil Radin Wira Nantaja kembali. Di dalam surat itu. menga takan bahawa Radin Galoh sudah bertemu dengan Radin Inu Kuripan di Galang (Gagelang).


KETIDAKMUNASABAHAN DARI SEGI SEJARAH
Jika dipandang pada segi sejarah terutama sekali tentang tingkatan-tingkatan zaman yang terkandung di dalam aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Maka bolehlah dikatakan tiada dapat diterima akal oleh menilik kepada terlalu lanjutnya hidup seseorang yang diriwayatkan itu; umpamanya Sang Maniaka yang dikatakan putera sulung kapada Sang Purba, iaitu putera seorang raja keinderaan itu. menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, telah lahir di Bukit Siguntang, kemudiannya merajal pulau Bintan. Pada zaman baginda di pulau Bintan itu dikaitkan pula riwayat baginda dengan zaman Radin Inu Kuripan mencari Radin Galoh Daha saperti yang tersebut di dalam cerita-cerita Panji. Menurut pendapat ahli-ahli penyiasat kesusasteraan bahawa cerita Panji itu berlaku nya pada zaman Kerajaan Kediri, iaitu beberapa lama terdahulu daripada zaman keagungan Kerajaan Majapahit (mulai daripada T.M. 1294).

Kemudian Sang Maniaka juga telah membuka dan merajai Melaka lalu berkahwin dengan puteri Ratu Majapahit, iaitu pada zaman Pateh Gajah Mada (kira-kira T.M. 1331 1364). Menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, Sang Maniaka (yang disebutkan Raja Melaka sahaja) mash hidup lagi sehingga kezaman negeri Melaka hampir jatuh ke tangan Feringgi (kejatuhan Melaka itu pada T.M. 1511), iaitu setelah baginda mengangkat anakanda baginda yang bernama Puteri Gunung Ledang itu naik takhta Kerajaan Melaka. Akhirnya baginda keluar daripada istana melakukan diri sebagai seorang darwish.

Menurut aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Diraja yang telah dipilih oleh Sang Maniaka pada masa baginda mula naik takhta kerajaan di pulau Bintan itu, ada juga hidup di sepanjang zaman yang tersebut, demikianlah juga Hang Tuah.

Hampir kepada penghujung hikayat itu disebutkan bahawa ketiga-tiganya itu telah bermohon kapada Raja Melaka kerana hendak berkhalwat, yakni berbuat amal ibadat kapada Allah Taala; Bendahara dikatakan duduk di Tanjung Keling, Temenggung di Tanjung Tuan dan Laksamana (Hang Tuah) di Tanjung Jugra.

Riwayat Hang Tuah tidaklah pula berakhir di Tanjung Jugra saperti yang tersebut tadi, kerana pada penghujung Hikayat Hang Tuah itu ada menyebut demikian:

Maka akan Tun Tuah pun tiadalah tersebut lagi di dalam negeri itu, tetapi Tun Tuah tiada mati, kerana ia hulubalang besar, dan lagi ia men jadi wali Allah. Maka sekarang ini khabarnya Tun Tuah itu ada di pucuk hulu Sungai Perak,dan ia duduk menjadi raja segala Batak dan orang hutan. Maka sekarang pun kadang-kadang ada bertemu dengan orang maka ditanya orang itu katanya: “Tuanku mahukah beristeri?”

Maka katanya: “Tiadalah hamba mahu ber isteri lagi.” Demikianlah peri Hikayat Hang Tuah itu adanya.

Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka



Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak… Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah “rasmi” bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu “sudah patutlah” kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?



Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???



Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?



Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu? “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Misteri Peta Kuno Yang Lengkap...


Misteri Peta Kuno Yang Lengkap Dan Sempurna


Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum pernah ditemui sehingga tahun 1818.
Kemudian mereka terus membuat kajian mendalam lagi, mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang kerana ia adalah sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa.
Peta aneh tersebut dipersembahkan kepada Arlington T. Mallerey iaitu seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula ‘lega’ kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Kononnya sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenali kompas dan bintang-bintang! Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin diberitahukan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.
Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey kerana peta tersebut didapati ternyata sangat TEPAT.
Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.
Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H Hapgood dan Richard W Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahawa peta kuno itu berkemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit .
Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)
Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.
Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16!

Benarkah Melayu dari keturunan bani Israel?


 Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?

Dikatakan, berdasarkan maklumat pada manuskrip kuno yang disusun dan dipadankan menjadi Book of Mormon itu, bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Malai (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh itu.
Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan  722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
  1. Reuben
  2. Issachar
  3. Zebulun
  4. Dan
  5. Naphtali
  6. Gad
  7. Asher
  8. Simeon
  9. Ephraim
  10. Manasseh
Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).
Nabi Ya’akob, yang digelarkan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
  1. Reuben (dilahirkan Leah)
  2. Simeon (dilahirkan Leah)
  3. Levi (dilahirkan Leah)
  4. Judah (dilahirkan Leah)
  5. Dan (dilahirkan Bilhah)
  6. Naphtali (dilahirkan Bilhah)
  7. Gad (dilahirkan Zilpah)
  8. Asher (dilahirkan Zilpah)
  9. Issachar (dilahirkan Leah)
  10. Zebulun (dilahirkan Leah)
  11. Joseph (dilahirkan Rachel)
  12. Benjamin (dilahirkan Rachel)
Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak tanah pusaka:
  1. Reuben
  2. Judah
  3. Issachar
  4. Zebulun
  5. Dan
  6. Naphtali
  7. Gad
  8. Asher
  9. Benjamin
  10. Ephraim
  11. Manasseh
  12. Simeon
  13. Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.
Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.

Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.
Salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.
Namun Mala (atau Malai) bukanlah bangsa tulin berketurunan Bani israel. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia.

Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di kepulauan Jepun (sebelum kedatangan kaum Yamato, kaum dominan Jepun pada hari ini).  Termasuk juga bangsa-bangsa yang mendiami Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Kepulaun Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah  berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.

Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )

Keputusan beliau adalah, induk bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Melayu Selatan Thai. Beliau mendapati Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.

Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Y-haplogroup Bani Israel berdasarkan definisi Y-DNA haplogroup R di mana orang-orang melayu, seperti paparan jadual di bawah, didapati memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung  5.6%, Melayu Jawa 3.8%, Melayu Nusa Tenggara 3.2%, Melayu Filipina 2.6%, dan Melayu Kalimantan 2.5%.
Barangkali juga termasuk pada definisi Y-DNA haplogroup F-M89* dari salasilah keturunan bangsa kuno Asia Selatan dan Asia Barat, di mana orang-orang Melayu memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%, Melayu Filipina 2.6% dan Melayu Jawa 1.9%.
Tidak menolak juga kemungkinan mereka turut mengambil kira Y-DNA haplogroup C-M130 di mana orang-orang Melayu memiliki 11.1%. Termasuk juga hampir ke semua bangsa yang menduduki wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan kepulauan Pasifik turut memilikinya antara  1.9% (Melayu Jawa) dan 83.3% (Penduduk Kepulauan Cook).
Y-DNA haplogroup ‘C’ ini dipercayai salasilah kepada bangsa kuno Scythia yang mengungguli keturunan penduduk kepulauan Polynesia di lautan Pasifik..
Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.
Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.
Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini
Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti bahawa orang-orang Melayu sudah meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi Muslim, yang turut beriman dengan kenabiah/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. juga. Tidak seperti orang-orang Yahudi yang menolak untuk mengiktiraf kenabian/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Misteri Gunung Ledang dan Kota Gelanggi



Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.
Sekiranya kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.
Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana.
Jadi persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.
Apakah kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.
Walaupun satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.