Detik hitam dan peristiwa berdarah negara Malaysia, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum. Implikasi dari peristiwa ini ialah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh ini merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Penurunan jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi pilihan raya. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor (Dato’ Harun Idris) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung baru, Kuala Lumpur dengan berbekalkan pedang dan parang panjang. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Jam 4.00 petang dua orang penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina.
Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin marah. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.
Akhirnya Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.
No comments:
Post a Comment